1. |
Syarat Permohonan |
|
|
- Bagi jawatan pentadbiran permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara
Bumiputera sahaja.
|
|
2. |
Had Umur (Pada tarikh iklan
ditutup) |
|
|
- Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18
tahun pada tarikh tutup iklan.
- Had umur calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun
dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak melebihi 50 tahun. Manakala
had umur calon yang memohon bagi kenaikan pangkat secara lantikan
(KPSL), adalah tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.
|
|
3. |
Penaklukan
di bawah syarat Skim Perkhidmatan |
|
|
- Mereka yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim
perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaannya dibuat
ke atasnya dari masa ke semasa.
|
|
4. |
Syarat Kelayakan Terperinci
dan Proses Permohonan Mengikut Jawatan Adalah Seperti Berikut: |
|
|
- SEMUA permohonan perlu dibuat terus secara ON-LINE . Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hanya perlu mengemukakan mengenai perkhidmatan masing-masing yang dibuat melalui Ketua Jabatan sekiranya DIPANGGIL UNTUK TEMU DUGA
|
|
5. |
Tarikh Tutup Iklan : 13/01/2025 |
|
6. |
Cara Memohon |
|
|
a. Untuk Bukan Staf UiTM
|
|
|
- Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara dalam talian (online) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.
- Pemohon dikehendaki membeli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 23/12/2024 hingga 13/01/2025 dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon sahaja di kaunter cawangan BSN dengan bayaran RM 10.00.
- Sila nyatakan ‘Jawatan Kosong UiTM’ semasa pembelian nombor pin di kaunter BSN.
- Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk satu jawatan yang diiklankan sahaja.
- Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.
- Pemohon tidak perlu mengisi maklumat CGPA pada ruangan CGPA di BAHAGIAN D – Maklumat Institut Pengajian Tinggi sekiranya memiliki kelayakan akademik dari universiti yang tidak menggunakan sistem CGPA.
|
|
|
b. Untuk Staf UiTM sahaja |
|
|
-
Permohonan dari Staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara di mana perlantikan dibuat melalui Bahagian Pengurusan Perjawatan UiTM, hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi atas talian (“ON-LINE”) melalui
Portal I-Staf -> eProses & Sistem Sokongan -> ePengambilan Staf
|
|
7. |
Hanya calon yang disenarai
pendek akan dipanggil temuduga |
|
|
- Hanya calon yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
|
|
8. |
Hanya calon yang disenarai
pendek akan dipanggil temuduga |
|
|
Sebarang
pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan di sini.
Pendaftar
Bahagian Pengambilan dan Penempatan Staf
Jabatan Pengurusan Sumber
Manusia
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Email: bpps@uitm.edu.my
Unit Pentadbiran:
No. Tel : (03) 5521 1314 / 1028
(03) 5544 3007 / 3085 / 3093 / 3005
Unit Akademik:
No. Tel : (03) 5544 3091 / 3417 / 3090 / 3006
Bantuan Teknikal
No. Tel : (03) 5544 2203
|
|