LAMAN UTAMA PANDUAN PERMOHONAN JAWATAN
  PANDUAN PERMOHONAN JAWATAN

1.

Peringatan

 
 
  • Pemohon mestilah mereka yang benar-benar ingin mengisi kekosongan jawatan-jawatan Awam di UiTM.
 
 
  • Pastikan maklumat yang benar sahaja diisi. Pemohon yang mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan akan disenaraihitamkan dan boleh diambil tindakan undang-undang.
  • Had umur calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak melebihi 50 tahun. Manakala had umur calon yang memohon bagi kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL), adalah tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.
 

2.

Keterangan Am

 
 
  • Pemohon hanya boleh memohon satu jawatan untuk satu masa. Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan serta melepasi tapisan yang ditetapkan akan dipanggil temuduga.
 
 
  • Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses. Pemohon boleh mengemaskini maklumat peribadi atau maklumat lain sebelum tarikh tutup iklan jawatan kosong.
 

3.

Arahan mengisi Borang Online

 
 
  • Mulakan dengan membuat pendaftaran no kad pengenalan dan kata laluan. Pastikan no kad pengenalan anda adalah betul untuk memastikan borang permohonan anda dapat diproses.
 
 
  • Pilih kelayakan sijil tetinggi anda iaitu sama ada Ijazah/Sarjana/Phd, Diploma/Sijil, Diploma/STPM/STAM/HSC, SPM/MCE, PMR/SRP, KPSL. Kelayakan ini akan menentukan jawatan-jawatan yang anda layak memohon.
 
 
  • Hanya calon yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya .