Assalamualaikum & Salam sejahtera Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/Kontrak di UiTM Shah Alam & UiTM Cawangan Selangor.
Staf UiTM berstatus tetap/kontrak yang berminat untuk memohon perlu membuat permohonan melalui sistem aplikasi dalam talian (online) di Portal i-Staf>> eProses & Sistem Sokongan >> ePengambilanStaf.
Bagi staf kontrak Tabung Amanah/Pekerja Sambilan Harian serta bukan staf UiTM, permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman web UiTM di https://uitm.edu.my/index.php/en/work-with-us dan dibuat melalui sistem aplikasi dalam talian (online) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.
Pemohon dikehendaki membeli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 23 Disember 2024 hingga 13 Januari 2025.
Pemohon hanya boleh memohon untuk SATU (1) jawatan yang diiklankan dengan menggunakan SATU (1) nombor pin SAHAJA.
Permohonan boleh mula dibuat mulai 23 Disember 2024 (Isnin).
Tarikh tutup iklan dan membuat permohonan adalah pada 13 Januari 2025 (Isnin).
Sekian dimaklumkan, terima kasih. Bahagian Pengambilan dan Penempatan StafJabatan Pengurusan Sumber Manusia Pejabat PendaftarUniversiti Teknologi MARA40450 Shah AlamSelangor